Kurik Kundi Merah Saga | Perahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. |