Kurik Kundi Merah Saga | Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina kebun Cik Ali, Burung kedidi terbang ke pantai; Kalau sudah gunung yang tinggi, Mana boleh dapat dicapai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung di kebun Cina, Hinggap mari di hujung dahan; Pulau terpasung gunung bertanya, Adakah ombak atas daratan? |