Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dah] | کده

Definisi : terbuka lebar (mulut), ternganga (mu­lut), terkangkang (kaki); mangkuk ~ mang­kuk yg bermulut lebar dan bertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dah] | کده

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedah

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Kedah hilir berdikir, Sapu tangan bungkuskan bunga; Apa sudah duduk berfikir, Lepas tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaDari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak.
Kurik Kundi Merah SagaDari Kedah ke Tanah Liang, Tinggi pasir Kuala Patani; Pintu terdedah sampai siang, Apa taksir pada kami.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu.
Kurik Kundi Merah SagaDari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya.
Kurik Kundi Merah SagaDari Acheh belayar ke Kedah, Beli kurau dengan senangin; Orang berkasih bukan mudah, Umpama wau mencari angin.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu; Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Kurik Kundi Merah SagaPutik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang.
12

Kembali ke atas