Kurik Kundi Merah Saga | Labuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke kedai membeli pulut, Pulut dibeli di kaki lima; Alang-alang kasih di mulut, Kasih di hati kami terima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah betik di kedai Cina, Betik muda masak layu; Kalaulah tidur abang tak lena, Adiklah makan rasa tak lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina lalu berdua, Lalu di kedai membeli gula; Kita pandai sama berniaga, Tengok kulit tahu rupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi. |