Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedidi

Puisi
 

Burung kedidi terbang ke pantai,
     Terbang mari berkawan-kawan;
Ingin nak petik buah di tangkai,
     Takut pula rosak sedahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.

Bermaksud :

Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina kebun Cik Ali, Burung kedidi terbang ke pantai; Kalau sudah gunung yang tinggi, Mana boleh dapat dicapai.

Kembali ke atas