Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina kebun Cik Ali, Burung kedidi terbang ke pantai; Kalau sudah gunung yang tinggi, Mana boleh dapat dicapai. |