Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), Canarium spp.; ~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras­-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : sj ikan laut, bulus-bulus, Sillago spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Canarium spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedondong

Puisi
 

Pilih-pilih buah kedondong,
     Cari yang manis tiada bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Yang hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang kedondong buah di hutan, Tergantung-gantung dengan buahnya; Jika ada untungmu tuan, Besar diharung dengan tuahnya.
Kurik Kundi Merah SagaPilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya.
Kurik Kundi Merah SagaTanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.
Kurik Kundi Merah SagaNyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaHarap kami belayar ke Sadong, Kedondong sudah dibawa pulang; Harap kami hendak bergantung, Junjung sudah dilayarkan orang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak dipatuk tedung, Dibuat-buat menangis-nangis; Saya ibarat buah kedondong, Dahulu kelat kemudian manis.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.

Kembali ke atas