Kurik Kundi Merah Saga | Ayam jalak kedua jalak, Ayam biring kuning kakinya; Adik pergi tergelak-gelak, Abang yang tinggal sumbing hatinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berangkat dari pangkalan Landeh, Mencari tali pasar Senyawan; Sudah kupandang kedua kasih, Merosak hati menggugur iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu. |