Kurik Kundi Merah Saga | Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penggal puan penggal selasih, Penggal keduduk kait-kait; Tinggal tuan tinggallah kasih, Tinggal duduk baik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penggal betik penggallah puan, Penggal keduduk dalam kerami; Tinggal encik tinggallah puan, Tinggal duduk dengan suami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jongok Batu bertanah merah, Kayu keduduk bercabang dua; Jongok Batu tempat bertuah, Tumpang duduk sehari dua. |