Kurik Kundi Merah Saga | Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kesang pergi ke Kelang, Sampai waktu tanah seberang; Musang dan rimau sama belang, Yang mana satu tengok garang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang rhu dibuat pagar, Hendak memagar Kuala Kelang; Tujuh guru saya belajar, Hendak menjinak burung terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sangat tinggi bukit puaka, Pak Wan lalu ke Kelang; Abang pergi tidak mengapa, Adik tinggal menanggung bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat raginya dua, Disandang orang pergi mengail; Awang bangsat hati penghiba, Di tanah Kelang nan kekal. |