Kurik Kundi Merah Saga | Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam keledek dari Klebang, Bawa sebiji buah kelapa; Memang adik sayangkan abang, Abang pula nak kasi apa? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal; Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal; Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu atas jeram, Tanam keledek atas batu; Bagaimana hatiku tak geram, Tengok kopek menongkat baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. |