Kurik Kundi Merah Saga | Jaik hati mengail keli, Keli dikail di bawah batang; Jaik hati mengenang diri, Diri dikenang si anak dagang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan keli mati di laut, Banyak lemak berlinang-linang; Tangan kiri menyapu habuk, Tangan kanan mengunjuk pinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan keli silimbat batang, Pinang muda dari Patani; Lepas saya tali panjang, Punca ada dimarahnya kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mas melor dengan mas keli, Buang abu terbang sekawan; Meminta teguh memegang janji, Sama paku lantak ke papan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat. |