Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat­-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanya­an-pertanyaan yg dikemukakan setelah sele­sai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut halu­an yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1 lingkungan di sekitar sesuatu (spt rumah, kampung): Pohon-pohon mangga terdapat di ~ rumah itu. 2 sempadan atau batas yg melingkungi sesuatu bidang; lilit: ~ tanah itu panjangnya lima ratus meter. berkeliling 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. mengelilingi 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. mengelilingkan mengedarkan atau membawa berkeliling. sekeliling sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Pulau Pinang laut keliling,
     Beli baju dari barat;
Sirih pinang boleh kukirim,
     Hati rindu apa ubat?


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPulau Kuraman pusing keliling, Saya mari Pulau Labuan; Sepuluh zaman pusing keliling, Baru berjumpa adindalah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang laut keliling, Beli baju dari barat; Sirih pinang boleh kukirim, Hati rindu apa ubat?
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang laut keliling, Nampak dari Pulau Jerjak; Sirih pinang boleh kukirim, Hati rindu siapa nak bawa.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Indo mudik Basadam, Basadam keliling bukit; Sambut rang gila adik ke ayam, Kan menjadi bangkalai sumpit.
Kurik Kundi Merah SagaPukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sumpitan batang bakau, Sayang sekuci tepi pagar; Keliling lautan tengah pulau, Mengapa telaga airnya tawar?
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Pusing keliling saya mencari, Baru kini bertemu dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan
Kurik Kundi Merah SagaTanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri.
12

Kembali ke atas