| Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina bermain ceki, Baju dibuka tinggal seluar; Kalau sudah bukan rezeki, Di dalam mulut lari keluar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. |