Kurik Kundi Merah Saga | Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah limau tepi perigi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau abang mahukan kami, Carilah kijang bertanduk emas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lipat kain dikemas-kemas, Ditaruh mari di atas peti; Baik hilang barang kemas, Jangan kuhilang buah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. |