Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu. |