Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.ting] | کمونتيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok meman­jat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.ting] | کمونتيڠ

Definisi : nama sj pokok renek yg buahnya boleh dimakan, Rhodomyrtus tomentosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemunting

Puisi
 

Kejat-kejat dari Patani,
     Kemunting dari Kemaman;
Besar hati datang ke mari,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?
Kurik Kundi Merah SagaKejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh dari Permatang, Bunga kemunting dari Kiaman; Dari jauh saya datang, Hendak menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting.

Kembali ke atas