Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kenanga bunga kenangan, Kenangan Uda bersama Dara; Seribu tahun dalam kehilangan, Namun lupa tidak ketara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan todak ikan haruan, Pembungkus gelama daun keladi; Awan berarak hamba tangiskan, Kenangan lama menghiba hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pipit ampat dibilang anam, Terbang tinggi meninggalkan sarang; Sakit diubat mati ditanam, Itulah budi kenangan orang. |