Kurik Kundi Merah Saga | Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana. |