| Kurik Kundi Merah Saga | Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut dari permatang, Diambil orang buat kenduri; Buah hati kekasih orang, Tak kulupa sampai ke mati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali. |