Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kening

Puisi
 

Burung pipit datang ke mari,
     Tempat orang menanam pala;
Kening diangkat senyum diberi,
     Bagaimana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai tokak lekat di kening.

Bermaksud :

Malu yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaSirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.
Kurik Kundi Merah SagaBelah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.

Kembali ke atas