Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra] | کرا

Definisi : 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kera

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kera menjadi monyet.

Bermaksud :

Tiada bezanya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak kera di bukit, Ada seekor lutung mawa; Kalau banyak ringgit di poket, Kawan tak biasa tegur nama.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau buah masak di para, Kujolok juga walau setangkai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut di tepi hutan, Dimakan kera dengan babi; Hati perut diganggu syaitan, Satu kerja pun tak menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaMemikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit pergi seberang, Padi muda dilurut kera; Sakit hati dikata orang, Tak boleh pagi petang kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaSoldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.
Kurik Kundi Merah SagaPokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di Pulau Dinding, Jerjak bertentang si Pulau Kera; Malangku tuan tiada banding, Tuan seorang penglipur lara.
12

Kembali ke atas