Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll; ~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu; kerang-kerangan berbagai-bagai jenis bi­natang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai; berkerang mencari kerang; pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerang-kerangan; 2. ber­bagai-bagai jenis kerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibaris­kan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); ®karang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl keras, menjadi keras (bkn buah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram yg berkulit keras: ~ batu. ~ lumpur Arca granosa. ~ busuk ki tersengih-sengih atau tertawa dgn tidak menentu. kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan). berkerang mencari kerang (di pantai). perkerangan 1 bermacam-macam jenis kerang. 2 timbunan atau longgokan kerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerang

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetang hari mengutip kerang, Kerang dikutip si anak Cina; Bukan takut mati berpedang, Hati bimbang hidup merana.
Kurik Kundi Merah SagaKulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaOrang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan.
Kurik Kundi Merah SagaMuara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?
Kurik Kundi Merah SagaJurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaApa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.
12

Kembali ke atas