| Kurik Kundi Merah Saga | Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak main ke tambak, Tempat lalu kereta kuda; Musim buah rambutan masak, Mengapa limau bertaruk muda? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |