Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)

599

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaKeris kecil menikam ular, Keris besar menikam singa; Dari kecil tak hendak belajar, Sudah besar tertanya-tanya.
Kurik Kundi Merah SagaKeris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri.
Kurik Kundi Merah SagaKeris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.
Kurik Kundi Merah SagaKeris pandak panjang lima, Pakai anak raja Melayu; Saya hendak sudah lama, Hendak khabar hati malu.
Kurik Kundi Merah SagaKeris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang.
Kurik Kundi Merah SagaBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik jangan direjam, Kalau direjam lemaslah dia; Keris pedang tiada tajam, Tajamlah lagi mulut manusia.
Kurik Kundi Merah SagaTebu hitam mati pucuk, Mari dimakan manis rasa; Melintang keris di rusuk, Hitam manis kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gersik ke Surabaya, Anak badak mati berendam; Ambil keris tikamlah saya, Tidak kuasa menanggung dendam.
123

Kembali ke atas