Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas I

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTak usah kertas biru, Kertas putih saya suratkan; Tak usahkan hati yang rindu, Hati yang kasih saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata.
Kurik Kundi Merah SagaMari dibungkus dengan kertas, Dibawa orang dari Palembang; Dalam telur sudah menetas, Tidaklah lagi menjadi bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Mari menyurat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Mari ubat hatiku rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya penyakit rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau abang pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu.
1234

Kembali ke atas