Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruh.ke.ruh] | کروه٢

Definisi : sj agas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruh-keruh

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air kunyit pencuci kaki;
Adik jauhabang pun jauh,
     Tidur seminit dimasuk mimpi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(20)

304

Forgive and forget

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let forgive and forget .

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga.
Kurik Kundi Merah SagaGali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang.
Kurik Kundi Merah SagaDi tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.
Kurik Kundi Merah SagaMusang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing.

Kembali ke atas