Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketam padi sampai ke Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Ulit-ulit bawa tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketam padi nakhoda Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Cubit cik adik bawa tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kepiting ketam kepiting, Hari-hari merendam lada; Kalau tak ada bukit ke dinding, Hari-hari bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi. |