Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu.
Kurik Kundi Merah SagaDaun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa?
Kurik Kundi Merah SagaPutik nanas bunga cempaka, Ketiga dengan bunga kenanga; Tuan emas saya tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaBawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pisang Pulau Pauh, Sampai ketiga Pulau Kemudi; Kami datang dari jauh, Kerana hendak membalas budi.
12

Kembali ke atas