Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ketupat dimakan sahur, Belah empat taruh di dulang; Mana tempat hendakberhibur, Atas bakat bawah karang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anyam ketupat tebakul baru, Mari makan sira gula; Sudah dapat kasih baru, Buang saya dengan segera. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bangkit pagi rebus ketupat, Taruh makan sehari sebiji; Saya nak balik jangan mengumpat, Minta sebut sehari sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi rebus ketupat, Ambil api sorongkan sabut; Saya pergi jangan diumpat, Siang malam mintalah sebut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Indung kunyit pemanggang ayam, Ketupat nasi berisi inti; Dunia senget alam tenggelam, Belum dapat jangan berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |