Kurik Kundi Merah Saga | Hari Khamis rajangnya Rahu, Ditiup angin luruh bunganya; Adik seorang yang saya rindu, Orang yang lain apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besok hari Khamis, Lusa hari Jumaat; Kalau hati kita bengis-membengis, Hidup kita tak selamat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis. |