Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna.
Kurik Kundi Merah SagaKijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaBerlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan.
Kurik Kundi Merah SagaLentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaAur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaKukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaKota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa.
Kurik Kundi Merah SagaTengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.
Kurik Kundi Merah SagaJangan si pucuk nanas, Si pucuk rotan saya carikan; Jangankan kijang bertanduk emas, Bertanduk intan saya carikan.
12

Kembali ke atas