Kurik Kundi Merah Saga | Zaman sekarang pandan berbunga, Kini sekarang bunganya layu; Zaman sekarang adik diguna, Kini sekarang dibuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari dulu cermin cina, Kini sekarang patah kakinya; Dari dulu abang punya, Kini sekarang ada gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si Upik Siti Rasani, Dua jo Sultan Nasaruddin; Usah diumpat dagang kini, Orang Tiajaran kan nan lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Pusing keliling saya mencari, Baru kini bertemu dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua. |