Kurik Kundi Merah Saga | Kokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau cik tuan selasih dani, Ayam kokok Tanjung Jati; Kalau cik tuan kasihkan kami, Hulurkan rokok dengan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti. |