Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaIngin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaPasir Raja diletak papan, Kuala Jengal diletak besi; Pasir Raja tempat mencari makan, Kuala Jengal tempat mati.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Jengal pasir melayang, Selat Batu timbul telaga; Sudah banyak berkasih sayang, Tinggal aku tidak mengapa.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Abang pasirnya putih, Tempat penyu membuat sarang; Apa guna hati merintih, Kekasih sudah dipinang orang.
Kurik Kundi Merah SagaMengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi.
Kurik Kundi Merah SagaSipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun.
12345678910

Kembali ke atas