Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing-kucing;

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau?
Kurik Kundi Merah SagaYa ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati.
1234

Kembali ke atas