Kurik Kundi Merah Saga | Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua? |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di tepi pagar pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Apa guna hidup di dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |