Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukur I

Puisi
 

Kukur nyiur perah santan,
     Anak kijang di Bukit Lagi;
Kalau nak tengok hati jantan,
     Cuba bujang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaKukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.

Kembali ke atas