Kurik Kundi Merah Saga | Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Renung-renung di tengah paya, Kumbang melarik batang pinang; Senyum-senyum tengok saya, Kalau hendak tinggal tunang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang seberang mengutip paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang memanggil aku, Hendak terbang tiada sayap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang seberang mematah paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang nakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur. |