Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~; berkundang; anak ~ Mn anak yg sangat dikasihi, anak yg dimanjakan; mengundang Mn selalu membawa bersama­sama (ke mana-mana); kundangan 1. = ~ raja = budak ~ sl budak kundang; 2. Mn anak berkundang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = budak ~ budak suruhan atau pengiring raja (orang bangsawan dll); biduanda (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundang I

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerbuah si kundang-lendang, Buah mengkal jatuh ke lubuk; Jangan disentuh tunang orang, Keris pukai makan rusuk.
Kurik Kundi Merah SagaApa dijolok buah kundang, Isinya putih manisnya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entah kasih entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaPisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya.
Kurik Kundi Merah SagaRapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.

Kembali ke atas