Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga; berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkemĀ­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melemparĀ­kan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga); kuntuman bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuntum I

Puisi
 

Dari Gersik ke Surabaya,
     Singgah memetik kuntum delima;
Sungguh malang nasib saya,
     Sudah berputik balik berbunga.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Encik Ahmad menikam Rahmat, Kembang melur kuntum melati; Minta alamat syukur selamat, Di dalam telur lagi nanti.
Kuntum Pertiwi Buku 3Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah.

Kembali ke atas