Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKucinglah kurus menggarulah papan, Papan digaru kayu jati; Bukanlah kurus tiadalah makan, Kurus mengenang si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus mandi di papan, Papan bernama si kayu jati; Bukanlah kurus sebab tak makan, Kurus menahan dendam di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.
Kurik Kundi Merah SagaBawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai.
12

Kembali ke atas