Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu.la.bu] | لابو٢

Definisi : a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labu-labu

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang.
Kurik Kundi Merah SagaLabu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai.
Kurik Kundi Merah SagaSayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang.
Kurik Kundi Merah SagaSedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik.
Kurik Kundi Merah SagaSedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik.
Kurik Kundi Merah SagaUlak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tidak menyayur ketola, Puan menyayur buahlah labu; Saya tidaklah buat semula, Tuanlah buat mula dahulu.
12

Kembali ke atas