Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labuan

Puisi
 

Labuan tidak berbukit,
     Tempat menjemur buah pala;
Maaf tuan bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tidak berbukit, Adalah bukit di Batu Arang; Kenang tuan bukan sedikit, Darilah dulu sampai sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan Bukit Nalasung, Pandang jauh sayang-sayangan; Pantun bunga dalam tempisung, Akan kubuang sayang-sayangan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh.
Kurik Kundi Merah SagaBertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.
12

Kembali ke atas