Kurik Kundi Merah Saga | Ladang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menanam bemban dalam ladang, Bunga rampai dalam puan; Kukirim pada kumbang terbang, Adakah sampai padamu tuan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung; Jikalau tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung; Jikalau tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan. |