Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Pancur, Singgah berlabuh Pulau Jawa; Sauh besi lagikan hancur, Inikan pula kayu di paya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Arab turun ke Acheh, Singgah di Jawa bertanam serai; Apa diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagikan tercerai. |