Kurik Kundi Merah Saga | Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lain hulu lain pemarang, Buah bidara di atas bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lain hulu lain parang, Bawa berjalan di kaki bukit; Lain dahulu lain sekarang, Kasih abang bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lain hulu lain parang, Tanam selasih di atas bukit; Lain dulu lain sekarang, Jauh selisih bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang bahulu mengebam Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bahulu dari Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh. |