Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1. kapal layar yg laju: kenaikan baginda ~ emas panjangkan; 2. ancak (perahu kecil) utk memuatkan jamuan hantu; 3. Mn tepak sirih (yg berbentuk spt kapal layar); main ~-~ melemparkan batu pd paras permukaan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1. tidak senonoh (kelakuan, peng­ucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut peri­hal (sifat, perbuatan) lancang mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu, Euphorbia hirta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1 tergesa-gesa mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu sehingga menyebabkan orang lain berasa sakit hati dsb; celopar: Mengapa mulut kamu begitu ~? 2 kurang sopan terhadap orang tua dsb. kelancangan keadaan atau sifat lancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : kapal layar yg laju. bermain ~-~ bermain-main dgn melayangkan batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancang
Rujuk :kapal

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRakyat datang menaiki lancang, Lancang hanyut ke Kuala Linggi; Adik suka mengikut abang, Kalau tak abang siapa lagi?
Kurik Kundi Merah Saga5Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti; Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaPunah sudah si Lancang Kuning, Lancang tenggelam di Lubuk Pandan; Bisa sungguh pedangku ini, Bisa lagi mulutmu puan.
Kurik Kundi Merah SagaLancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Kurik Kundi Merah SagaLancang kuning belayar ke barat, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Putih kuning rambutnya lebat, Berasa berkenan di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaLancang hanyut di Kuala Linggi, Galah tak sampai disambung dua; Kalau tiada abang siapa lagi, Boleh berjumpa dengan orang tua.
Kurik Kundi Merah SagaAlor Sena Alor Lancang, Terpijak kaca tikam kaki; Apa guna sanggul lintang, Sanggul cacakan elok lagi.
Kurik Kundi Merah SagaGalah tak sampai disambung dua, Lancang tenggelam kita berenang; Boleh jumpa dengan orang tua, Boleh abang kira meminang.
Kurik Kundi Merah SagaCanang dipukul bertali-tali, Rakyat datang menaiki lancang; Kalau abang meminta sendiri, Adakah adik sukakan abang.
Kurik Kundi Merah SagaPatah gendong saya gendong, Patah gunting saya hempaskan; Sudah dapat pagar tergulung, Lancang kuning saya lepaskan.
12

Kembali ke atas