Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bersigup tidak ku pandai, Baranya jatuh ke lantai; Kasih mengejut tidak ku pandai, Ibarat angin tiup selesai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aku tidak bersigup, Ada baranya jatuh ke lantai; Aku tidak pandai kasih mengejut, Pantunkan angin tiup selesai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang bersigup tidak kupandai, Baranya mari jatuh ke lantai; Kasih mengaju tidak kupandai, Ibarat angin tiup ke pantai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik jatuh ke pantai, Memakan jambu anum; Liur titik gugur ke lantai, Melihat balu orang lagi anum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. |