Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya lapan, Mati seekor tinggalnya tujuh; Di dalam kubur berdinding papan, Hancur luluh seluruh tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Loceng berbunyi pukul lapan, Perahu belayar kena ribut; Kasih seperti paku di papan, Pecah papan paku tercabut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan. |